Disclaimer Board
![]() Chatter Box
Latest
Claps
Template by:Farah AdrianaWith help:Fatin Hazwani /Wanaseoby /Nabila Medan Best view only in Google Chrome |
![]() sahabat hai . assalamualaikum . oke entry kali ni nak story sikit pasal kawan aku . merangkap sahabat aku . hihi aku panggil dia nue jeh . sebab apa ? sebab dia kan , haaa ! haha shuhh ! mana bole bagi tahu . hehe . rahsia berdua :p oke , sahabat dan kawan mempunyai maksud yang lain k . sahabat tuh seorang kawan yang sangat-sangat rapat dengan kita . ada 1 perasaan yang entah . tak tahu nak cakap cemana . hehe tengok je lahh dekat bawah nih :) Sahabat Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu. Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita. Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita. Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita. Kawan Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya. Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan . Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus. oke , dalam hidup nih . kita ada ramai kawan . tapi sahabat cuma sorang dua jeh kan ? act , aku beruntung sangat sebab ada sahabat macam nue . dia baik , sopan , selalu tegur aku kalau aku ada buat salah . tegur perangai aku yang gila-gila dulu . haha even melalui surat :) aku hargai beb ! hehe thanks btw . oke aku kenal nue dekat sarawak , harap maklum . dia bukan orang sarawak k . bukan . hehe dia asal melaka . kan nue ? hehe dia pindah sarawak ikut ayah dia tukar tempat kerja . macam aku jugak :p oke , darjah 6 aku dengan dia 1 kelas . sampai lahh form2 awal bulan 3 . lepas tuh aku blaa , mean pindah ahh . haha kita orang sangat-sangat akrab . mana dia pergi dalam sekolah tuh , pasti dengan aku . tak pernah berenggang . macam belangkas ! hahaha . dia pandai . UPSR got 4A 1B :) aku 3A 2C jeh :\ hmm dia selalu ajar aku dulu . oke , naik form1 kita orang masih akrab lagi macam dulu . nak-nak 1 kelas . hmm lagi lahh kan ? haha tapi tak duduk berdua . sebab aku lambat sikit masuk kelas tuh . act , dulu aku kelas B . tapi ramai budak kelas A dahh blaa , ada yang masuk MRSM , asrama penuh bagai , so banyak lahh kosong dalam kelas A . then cikgu pilih budak-budak kelas B dalam 10 orang pindah kelas A . so masuk lahh aku kelas A tuh . hahaha kawan dengan budak-budak pandai wooo :p tapi aku still hampehh hehe . seriously ! oke , naik last year tuh aku dengan dia agak renggang sikit sebab aku kot yang mula dulu buat hal . hmm aku rapat dengan E . lepastuh dia rapat dengan S . dia jealous kot aku kawan dengan E . haha *letter babe* aku pun macam tuh jugak . jealous yang teramat sangat ! kalah budak-budak couple . bhaha XD padahal E dengan S tuh kawan baik kita orang sendiri . 1 group . tapi entah lahh . tak tahan . sakit hati bro . mendidih je aku tengok kalau dia orang pergi toilet , kantin , makmal berdua . cehh cehh macam tak adil je pulak aku kan ? hahaha annoying ! ==' oke , naik form2 aku dengan dia renggang . taktahu nak cakap cemana . aku yang mula kan dulu . nak jauhkan diri daripada dia . tapi dia tak pernah pun buat salah dengan aku . haha gilaaa nya aku . hmm :\ bila time rehat , aku tak nak join even dia ajak aku . sebab apa? sebab aku jealous tengok dia dengan S . seriously , tak tahu kenapa . aku rasa macam nak menangis jeh . bukan macam , dahh memang menangis pun hahaha . aku tahu dia banyak sabar dengan aku . hehe kan nue ? :') jujur je lahh ! :p hmm bukan apa , oke bulan 3 aku nak pindahh dahh . so aku takut lahh kan bila aku dahh pindahh nanti , dia dahh lupa dekat aku . ada kawan lain yang lebih dia sayang . hehe *kejamnya aku* :p alhamdulillah , sampai sekarang aku masih lagi rapat dengan dia macam dulu . hmm dahh 4 tahun tak jumpa dia . tapi kita orang still contact . now dia dahh pindah johor . nak sangat jumpa dia ! rindu woiii ! haha negeri sembilan -> johor tak jauh pun hehe oke , nih dia budaknya ! haha :: kawan memang ramai dan mudah dicari . tapi sahabat tidak . kalau korang ada sahabat , jaga dia elok-elok . hargai dia :') :: :: thanks for being my friend dearsss :: :: beruntung sangat dapat sahabat macam kau :') :: :: sienaa gang and they we they we too . tak pernah lupa . hihi :: :: tak berniat nak buat sesiapa terasa :: |