Home Owner Freebies Tutorials Websites
Disclaimer Board

Hy haters please click Here

Chatter Box

Latest
  • :: sTudYinggg ::
  • :: pRakTikaL ::
  • :: CuTi sEm ::
  • :: END ::
  • :: unknown ::
  • UNISZA
  • interview UPNM
  • :: KUANTAN ::
  • :: bosan ::
  • :: Result SPM ::
  • Claps

    Template by:Farah Adriana
    With help:Fatin Hazwani /Wanaseoby /Nabila Medan
    Best view only in Google Chrome

    :: sTudYinggg ::

    Entry updated on Friday 10 January 2014
    Entry got 0 comments | Fly to top :3



                  hai assalamualaikum eberybodyyy ! dan selamat malam . hahah hmm sebelum lupa nak wish HAPPY NEW YEAR !!! :D alhamdulillah , masih diberi peluang untuk bernafas di atas bumi ALLAH SWT . alhamdulillah :) and now umur pun dahh  meningkat "muda" xD 19teen . muda lagi kayy ? hahah rasanya lagi 5 tahun dahh bergelar isteri orang kot wahahah . gateyyy munggg nim shaa ! hihih study pun takhabis lagi . baru tahun 1 semester 2 . heheh .

    okeee , bulan 11 tahun lepas  final exam untuk semester 1 . hmm fuhh ! cuak + naik gila jugak lahh aku study . payah kot . nak nak subject psychology . macam apa tahh .  english pulak tuh . memang payah lahh aku nak paham kan . haha . tapi bila dahh paham , seriouslyyy best pulak . hahah tah mana 1 betul aku nih . pulun je lahh . sem 1 ada 7 subject . 2 subject U and 5 lagi subject fakulti .  hmm semua bi except KNK . then 18/12 rasanya dahh bole cekk result . kayy aku buka lahh laman portal unisza nak cekk result . tup tup keluar 'sila jelaskan hutang anda terlebih dahulu' apedehal ? aku dahh bayar kot 1655 . then pergi pejabat bendahari . dia cakap aku ada lagi hutang 31.50 . hahaha bengong jee ! so pergi lahh mesin atm balik nak bayar 31.50 tuh punya pasal . tapi ada kawan aku baru bayar 1000 dahh bole kot cekk result . macam tak adil pulak =='



    kaka tuh cakap kalau kita bayar hari nih esok baru bole tengok result tuh . soo esoknya dalam pukul 8 gitu aku buka lahh balik laman portal tuh nak cekk result . dengan tak mandinyaa lagi . hahahah baru bangun tidur then terus capai phone dekk nak tahu bona result dapat berapa . loll ! hahah ingat tak keluar lagi . bila bukak jee . hmm kayy . sumpahh cuak . haha scroll bawah slow slow , tengok dulu result bersepah B . haha bingai . tuh lahh maleh bona nak study . takguna nak menyesal sekarang . anatomy dapat B . apa apa pun alhamdulillah lahh dapat B . cuak weyhh kalau gagal . naye nak repeat paper . ANATOMY a.k.a KILLER PAPER . hahah . sumpahh membunuh . dengar cerita 4 ke 5 orang budak kelas fail . 


    hmm then FON dapat B . alhamdulillah lahh . communication C+ hahah bengong je ! KNK B . english B+ . nursing praktikal B+ . psychology sumpahh tak caya . dapat A- . hahaha merapu je kot aku jawab . hmm maybe sir salah kira kot . tuh yang bole dapat A- . haha . takpe lahh . rezeki kot . hihih . and alhamdulillah sangat sangat . tercapai jugak lahh target aku even tak seberapa . target 3 pointer above and dapat 3.08 . oke lahh tuh kot . tapi tetap rasa takpuas . housemate aku dapat 3.44 perghhh jauh gila kot . lagi 0.6 nak dekan . hmm jealousss . hahah so target untuk sem 2 nih 3.15 above . in shaa allah . hee target sikit-2 je dulu . takut tak sampai target kecewa pulak nanti  hahah . hmm nasib tak gagal mana-mana paper . dan yang paling penting kalau bole aku taknak result jatuh . mean 2 pointer bawah lahh . paling teruk pun biarlahh 3.0 tepat tepat . hahaha


















    :: pRakTikaL ::

    Entry updated on Friday 15 November 2013
    Entry got 0 comments | Fly to top :3




    hai assalamualaikum :) apa khabar ? sihat tak ? heheh kayy entry kali ni nak share sikit pasal pengalaman praktikal aku untuk sem 1 nih . hahah hmm untuk sem 1 ni aku praktikal dekat 3 buah hospital daerah terengganu . first hospital besut second hospital sultanah nur zahirah kuala terengganu third hospital setiu . praktikal untuk sem 1 nih lebih kurang dalam 6 minggu iaitu 1 bulan 2 minggu . setiap 2 minggu aku akan pergi hospital hospital lain . macam aku cakap tadi tuh hahah .


    kayy hospital besut . hmm hospital besut dekat dengan kelantan . hospital besut dari unisza dalam sejam lebih . so time praktikal tuh aku stay asrama jururawat dekat sana . hmm asrama bole dikatakan sunyi . sebab kita orang je yang stay situ . btw sebelum lupa group praktikal aku ada 10 orang . so kita orang tempah 3 bilik je lahh . 1 bilik 4 orang 2 bilik lagi 3 orang . aku 1 bilik dengan iss & nik :) dia orang memang bestttt ! cool ! hahah setiap malam memekak . hmm kayy fisrt day praktikal takde buat apa pun . just ronda kawasan hospital tuh then jumpa matron . matron orang cina . tapi fasih gila cakap bahasa melayu . baik pulak tuh . 2 minggu aku dekat hospital besut , banyak pengalaman yang aku dapat . mandikan patient , bagi patient makan , cuci berak patient , beri terapi oksigen . patient tuh pesakit . berak dipanggil jugak B.O . kencing pulak P.U . hihih


    kayy . aku jaga wad perempuan . ada sorang patient tuh seriouslyyyy kesian sangat ! dia dah lah taknampak , susah nak gerak , takde suami , takde anak . suami dah lama meninggal . hmm kalau taksalah aku patient tuh dari USM transfer pergi besut . patient tuh susah nak BO . dia cakap dahh 20 hari tak BO . constipation maybe . then kita orang bagi enema dekat patient tuh . enema tuh sejenis ubat untuk lawas kan kita untuk berak lahh heheheh . tah cemana nak cakap . then esok tuh bila kita orang kerja untuk shift pagi , time ambil vital sign ( bp , temperature , pulse , respiration ) tengok-tengok patient tuh BO . soo apa lagi ? lepas siap je  ambil vital sign , aku , nik dengan mekya prepare lahh barang untuk sponging kan patient . hahahah and cuci BO . benda ni memang takkan aku lupa . first time dalam hidup ! heheh memang pelik pelik lahh kita orang time cuci dengan mandikan patient . hahah . nasib CI tolongg . hee kalau tak ? memang rebus XD paling kelakar bila nik pakai 2 lapis mask . hahaha tengok muka dia naik merah dahh tahan hmm tuh . hee aku dengan mekya gelak-gelak je tengok hahahah . then time makan , kita orang suapkan patient tuh makan . borak-borak dengan dia . best gilaaaa ! :D


    bila esok nya pulak datang kerja tengok patient tuh BO lagi . hahahah memang kelakar . prepare lahh lagi barang-barang nak mandikan patient tuh . cuci . hahah hmm kali tuh kita orang buat tanpa bantuan CI . sebab CI tolong member lain mandikan patient lain . so memang hahah pulun jelahh apa yang kita orang dahh buat semalam . hmm seriouslyyy best sangat ! first time tengok patient tuh masuk hospital , aku dengan nik nangis . sedih tengok keadaan patient tuh macam tuh . hmm mungkin aku dah terpanggil untuk tolong orang yang sakit . CI aku selalu pesan kalau kita buat kerja dengan ikhlas , kita takkan rasa kerja yang kita buat tuh adalah beban dan menyusahkan kita . sooooo kita enjoyyyy ! hahahah


    minggu seterusnya HSNZ . hmm hospital besar terengganu . depan unisza kampus kota . best dekat sini . ward terlalu lahh busy ! memang takde masa nak duduk . serious . ada 1 hari tuh patient dalam 50 orang 1 ward . serious penat gila ! aku dapat ward lelaki . best sebenarnya dekat situ . patient baik-baik . nurse pun oke . hari ketiga aku kerja dekat situ , ada sorang patient collapse . sooo macam biasa bungkus mayat . heheh tipu lahh aku cakap kalau aku taktakut . memang takut . lemah semangat jugak aku . tapi ayah dahh pesan baca apa yang patut . ayat kursi tuh jangan lupa . so kita kena lahh amalkan setiap hari :) banyak kebaikannya . heheh tapi kadang-kadang aku lupa jugak nak baca hahahah XD


    2 minggu terakhir dekat hospital setiu . lebih kurang 45minit dari unisza . 45 minit kalau bawak 100/120 km sejam :) hahaha gila laju . hospital setiu lawa . ward third class macam second first class . seriouslyyy lawa gila . jealous aku . rasa macam nak buat rumah je dalam ward tuh . hahaha . hospital setiu tak busy mana pun . lengang je . ada 1 hari tuh patient 5 orang je . hahahah bapak best gila . memang untung lahh nurse-nurse yang kerja dekat situ . tapi macam takbest jugak . sebab banyak benda yang kita tak bole buat . balik-balik ambil vital sign je . hahah .


     mak selalu pesan " kerja baik-baik . muka sentiasa senyum dan manis . jaga sopan santun . cakap lemah lembut dekat patient . buat kerja tuh dengan jujur , ikhlas . kalau kita baik dengan orang , orang akan baik dengan kita . angah dapat pahala membantu orang . insyaallah . mak sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak mak " :') nih yang mak cakap bila aku cerita dekat mak pasal patient dekat hospital besut tuh . hee buat aku jadi  lebih bersemangat !  :D tipu lahh kalau aku cakap aku tak down . dulu pernah aku terpikir nak stop je . taktahan . kadang-kadang tuh aku pikir , betul ke apa yang aku buat nih nak jadi nurse . maybe time tuh aku tak redha dengan semua nih . tapi bila parents selalu bagi support dekat aku , aku makin bersemangat ! nak tolong orang ! yeahhhh ! hahahah :')





                   with housemate . uniform nurse :) hahaha #hentam



    :: CuTi sEm ::

    Entry updated on
    Entry got 0 comments | Fly to top :3



    hai assalamualaikum :) hmm dahh lama tak update blog . beghabuk dahh haa . hahah rindu rindu . so macam biasa aku nak merepek je lahh kali ni . hahah kayy ! now dah bulan november . dah nak habis tahun 2013 . hmm cepatnya masa berlalu . rasa macam baru semalam je aku ambil upsr , pmr , spm . hahahah ! tahun depan dahh masuk 19 tahun . taksangka aku makin tua . hahah loll mana ada orang makin muda ==' yang taksabarnya nak kawinnnnn ! hahah gatey mung nimm shah .

    now cuti sem  . alhamdulillah cuti 2 minggu . hahah kalau ikutkan 1 minggu je . tapi disebabkan takde study week hari tuh so dapat lahh gua cuti 2 minggu . jyeahhh ! even kejap bagi aku , takpuas duduk dekat rumah tapi takpe lahh . dapat jugak cuti . balik rumah jumpa family . ouchhh rindunyaaa ! :') ahad ni plan jumpa SIENAA . makin  happy lahh aku ! rindu gila dekat dia orang . mesti masing-masing makin chubby . hahah

    act , cuti sem ni pun takde buat apa . duduk rumah , main dengan adik , borak dengan parents . hee bagi aku tuh pun dahh cukup buat aku happy . teringat je zaman-zaman dulu . cewahh hahah . hmm dahh lama tak jumpa along . masuk ni dahh 3 bulan tak jumpa . rekrut katakan . hahah lagi lahh rindu dekat dia . tah cemana dia sekarang . makin kurus ke , makin "putih" ke . hahahah it's okeee . yang penting mental fizikal kau kena kuat broooo ! hahah jaga diri dekat sana .

    lost idea ! hahah entry seterusnya aku nak share sikit pasal praktikal aku dekat hospital . heheh bestt woo bestt ! cowlubettie :)

    :: night eberywone ::













    :: END ::

    Entry updated on Thursday 20 June 2013
    Entry got 0 comments | Fly to top :3













     





     
     




     













    :: unknown ::

    Entry updated on
    Entry got 0 comments | Fly to top :3




    hai. assalamualaikum :) selamat malam! hmm bosan bosan. so oke, nak merapu jelahh dekat blog nih. kebetulan line laju pulak kan. wahaha. amek kesempatan :p shitt. hmm hari nih dah masuk 3 minggu aku dekat  unisza. ya allah. rindunyaa dekat family :'( bila nak balik nih. ahhh! tensionnyaa. time sdl (self directed learning) tadi puan ayu masuk. dia bagitahu kita orang pasal cuti raya ni lahh. kalau ikut jadual kita orang start cuti 11.8 hari raya keempat. kan? tapi dapat pelepasan awal balik malam raya. hahaha gila woii gilaaaaa! sumpah, time puan ayu cakap centu dah mula dah nangis. pikir kalau takdapat balik raya. dah lahh puasa langsung takbalik hmm azabbbbbbbb



    tapi gua cuba mempositifkan diri. cewahhh hahaha. nida pun sama. nangis dalam kelas tadi. ramai  jugak nangis. hmm raya 8.8 and last class 7.8 pukul 4 petang. balik-balik kelas kena cepat cepat kemas barang then pergi stesen bus. kalau tak? hmm berayoooo kek terengganu lahh jawab ehh. hahaha siot boto! perjalanan dalam 10 jam macam tuh lahh. confirm lahh naik bas malam kan? kalau bertolak pukul 8 malam  mesti sampai rumah dalam pukul 6 7 pagi. hahaha gilaa sampai rumah pagi raya. takdo lah tuh do nak poie masjid solat raya. hmm


    tadi call ain. hmm rindu gila dekat awak bie :'( dua-dua menangis. dia study poli dekat kelantan. daerah jeli rasanya. lagi jauh. hmm semua dahh merantau. sally kedah. nurul melaka. ieka pindah selangor. atin kelantan. ain kelantan. gua terengganu. even kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat. cewahhhh hahahaha ayat syaza :p haa syaza pun study dekat kelantan. semua tercampak haha. takpa, cuba hidup berdikari. puihhh haha












    hmm nasib sempat hang dengan budak nih sebelum merantau ke negeri orang. wahahaha eiii geli ayat tuh -,-



    :: rindu woii rindu ::
    :: rindu family den . rindu mak , rindu abah , rindu along , rindu amin , rindu ain , rindu piyuuuuuuuu ::




    UNISZA

    Entry updated on Saturday 8 June 2013
    Entry got 0 comments | Fly to top :3




    hai . assalamualaikum :) hmm dah lama sangat tak update blog . rindu woii rindu !  cehh cehh hahaha . kalau boleh setiap hari nak update :p tapi malas . haha yeahhh ! sangat sangat malas . okee , masuk hari nih hari jumaat 7/6/2013 dahh 4 hari aku ada dekat unisza nih . tahu kan apa tuh unisza ? hahaha kayy UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN dekat kuala terangganu . hmm entry kali nih nak story pasal unisza jeh dan kehidupan aku dekat sini . cewahhhhhh ! puihhhhh ! hahahaha . aku amek kos sains kejururawatan under fakulti perubatan dan sains kesihatan . dekat unisza nih ada 3 aliran macam tuh lahh . first sastera macam undang-undang , hal berkaitan agama islam . macam tuh lahh . second aliran sains . macam bioteknologi kalau taksalah aku . entah lahh . tapi berkaitan sains lahh hahahah . kayy yang ketiga perubatan dan sains kesihatan . aku lahh tuhhh ! hahaha



    act , unisza ada 3 kampus . kampus gong badak ( tempat aku tinggal sekarang nih ) hahah , kampus kota dan kampus besut . kampus gong badak  kalau taksalah aku untuk aliran sastera kot . macam hal agama tuh . kampus kota dekat tengah tengah bandar kuala terengganu berhadapan dengan hospital terangganu pulak perubatan dan sains kesihatan . that's why dekat dengan hospital . sok sonang praktikal . hahahah . kayy kampus besut untuk aliran sains . AKU RASA LAHH . hahahah kampus besut tuh kampus baru .



    fakulti perubatan dan sains kesihatan ada 4 . makmal perubatan , nursing , fisioterapi dan radiografi  . rasanya lahh . hahahah kayy fisio dengan nursing stay dekat kampus gong badak . asrama sini dan belajar pun dekat sini . tapi kalau pensyarah suruh belajar dekat kampus kota , pergi lahh sana  . naik bas . weeeee sedap nyaaaaaa ! hahaha perjalanan dalam 20 minit macam tuh lahh . tengok jalan jugak . kalau sesak lambat lahh . hahaha . kayy makmal perubatan dengan radio pulak semua nya dekat kampus kota . tapi asrama diaorang jauh sikit lahh daripada kampus kota tuh . asrama maidam namanya hahaha .  pun kena naik bas jugak .



    start belajar ahad nih . hmm lupa ahh . ingat kan terangganu macam dekat negeri sembilan . sini cuti jumaat , sabtu . macam dekat tempat kita cuti sabtu ahad kan . hmmm nasib lahhh . kedah pun sama kalau taksalah kan . macam sally . weeee rindu kau lillot ! hahaha . oke , pasal belajar . hmm semua nyaaa dalam BI . BI kayyy BI . perghhhhh ! sumpahhh nazak aku macam nih . BI aku dahh lahh haram . sok soalan tanya lain , aku jawab lain . hmm sumpah risau sangat . cabarannnn katanya . hmm mati mati . tapi takpe lahh . amek dari sudut yang positif . at least boleh lahh improve aku punya bi nih kan . hmm cehhh ayat apa tah . mampuihhh lahhh hahaha .



    pasal cuti pulak . hmmmm sumpah sedihhhhh ! ! ! paling lama 1 week . repeat ! paling lama 1 weekkkkkk !  oh mai goooddd . takpuas woii . budak budak kos lain semua cuti sebulan 2 bulan . tapi nursing 1 week jeh . hmm . ada abang senior dari kos lain cakap nursing nih susah sikit . banyak pakai masa macam tuh lahh . patut lahh nursing takboleh join pelapes . askar wataniah . hmm hampehhh boto . tapi kelebihan nursing duduk asrama sampai sem 6 . 3 tahun . hahahahahha takpayah susah kan kepala hotak nak pikir rumah sewa bagai . nih kaka senior lahh yang cakap :p



    kayy , kawan pulak . hmm aku sebilik dengan fatin . orang terengganu . rumah dia dekat jeh dengan unisza nih . hari nih cuti , so dia balik rumah . tinggal lahh aku sorang dalam bilik . huuuuuu sedih :\ hahaha untung rumah dekat nih . pasal asrama aku pulak . kayy macam apartment . 1 rumah ada 5 bilik . 1 bilik 2 orang . bilik air ada 7 .  ada balkoni . cehhh balkoni ye tak hahahaha . then ada dapur . tapi tak dibenarkan masak . masak air je bole . hahah then ampaian . hmm selesa tinggal sini . serious . bilik aku pulak menghadap jalan utama . so takde lahh bosan . bole tengok budak lalu lalang . motor , bas kereta semua . untungg dapat bilik nih . hahahah . kayy housemate ada 9 orang . antaranyaaa cewahhhh hahaha nida ( kedah ) , ida ( terengganu ) , dora ( sarawak ) , dila ( terengganu ) ME ( negeri sembilan hahahaha ) , fatin (terengganu ) , niza ( terengganu ) , farah ( sarawak ) , najihah ( lupaaa hehe ). kayy ramai terengganu . kono buli sok . hahaha . semua nya lawa lawa .



    hmm rasanya tuh je kot aku nak story . panjang lebar dah nih . hahaha . hmm nak pegi jalan bandar kuala terengganu !!!! kay bye








    interview UPNM

    Entry updated on Sunday 28 April 2013
    Entry got 0 comments | Fly to top :3



    hai assalamualaikum :) oke , rabu lepas aku pergi interview UPNM dekat kolej tentera darat port dickson . act , aku dapat tawaran tuh hari sabtu dalam pukul 12.10 pagi . pagi-pagi buta . haha so ada masa dalam 4 hari nak prepare dokumen , barang-barang semua . esok tuh aku terus pergi cc , print apa yang patut . haha RM15 hilang macam tuh jeh . wuhuuu . lepas tuh beli baju , kasut , apa-apa yang patut lahh . kira-kira balik hmm hampir RM150 duit hilang beli barang tuh semua . hahaha


    lepastuh hari rabu pergi lahh interview tuh . bertolak dalam pukul 7 sampai sana dalam pukul 9.30 . sampai jeh sana , perghhh ! ramai gila orang . haha ye lahh , 1 semenanjung nih pergi interview dekat sana . dari kedah , perak , johor , semua nya lahh . haha . act dekat PD tuh untuk asasi pengurusan strategi . melaka kejuruteraan . UPNM pulak perubatan . lepas tuh sabah sarawak gabung ketiga-tiga asasi dalam 1 kem tuh . hmm ramai gila kot . tapi ada pakcik tuh cakap perempuan cuma nak pakai 20 orang jeh . bayangkan 1 malaysia yang datang ? perghh memang tak lahh aku cakap . hahaha


    oke , mula-mula ukur tinggi , berat . hmm tinggi aku 153 cm berat 44 kg . perghh ! dahh sahh-sahh lahh aku kena balik terus time tuh . lari 4cm . hahaha osahh , "comel" eh den , haha bila dia cakap jeh 153 cm , hmm aku senyum je lahh . ada sorang abang askar tuh pandang , then senyum . hahaha paham bona lahh tuh kan maksud eh . confirm takdapat . haha kalau 155 156 cm diaorang bagi kelonggaran lagi . act nak 157 cm berat 44 kg . hmm berat tuh oke dahh . spoil batul tang tinggi . hahaha . lepastuh cek darah . oke darah gua normal . lepastuh cek mata . pun oke . 6/9 rasanya . hahaha ada huruf kecil tuh aku tak berapa nampak . merapu je lahh aku sebut . hahaha


    lepas habis cek tuh semua , kita orang pergi makan . hmm makan nasi ayam . haha semua diaorang yang tanggung . tapi tuh lahh , jauh dewan tuh dengan dewan makan . ponek jalan eh . haha tapi cantik gila kot dewan makan dekat situ sebab betul-betul sebelah laut . tenang jeh . hahahah . lepas makan , pergi surau . sembahyang zuhur dulu . lepas tuh dalam pukul 3.15 berbaris balik masuk dewan . time tuh lahh diaorang umumkan sape yang dapat , sape yang takdapat . mean dapat untuk interview hari-hari yang seterusnya lahh . bukan dapat masuk UPNM atau tak . heheh .


    lepas tuh dia orang panggil lahh nama budak-budak yang takdapat . sampai lahh giliran aku . 224 . aku pun bangun pergi dekat stage tuh . hmm bapak segan ! hahaha berdiri dekat depan . dahh lahh ramai budak dalam dewan tuh . tapi nasib baik berdiri ramai-ramai . hehe . then pegawai wanita tuh cakap lahh , " berat , mata , darah kamu semua nya oke , cuma tinggi kamu jeh kurang . so saya minta maaf . kamu takdapat " hahaha . tapi kalau nak jadi pelajar awam , bole terus daftar je dekat situ . tapi aku taknak pelajar awam . nak pelajar kadet ! hahaha so aku pun bla . jumpa parents , cakap lahh takdapat . pastuh blaa lahh balik rumah . hahaha . dahh takde rezeki, nak buat cemana . redha je lahh :) kita hanya mampu merancang , berusaha , tapi ALLAH yang tentukan semuanya . tak semua benda yang kita nak , kita akan dapat . yang penting STAY STRONG AND NEVER GIVE UP =D haha so plan aku , masuk form6 tunggu tawaran SPA . hmm harap-harap lahh ada rezeki dekat situ . payah jugak kalau takdapat . hmm entah lahh , pening bila pikir hal nih semua . hehe