Home Owner Freebies Tutorials Websites
Disclaimer Board

Hy haters please click Here

Chatter Box

Latest
  • :: CuTi sEm ::
  • :: END ::
  • :: unknown ::
  • UNISZA
  • interview UPNM
  • :: KUANTAN ::
  • :: bosan ::
  • :: Result SPM ::
  • :: Result STPM ::
  • :: UPNM ::
  • Claps

    Template by:Farah Adriana
    With help:Fatin Hazwani /Wanaseoby /Nabila Medan
    Best view only in Google Chrome

    :: pRakTikaL ::

    Entry updated on Friday, 15 November 2013
    Entry got 0 comments | Fly to top :3




    hai assalamualaikum :) apa khabar ? sihat tak ? heheh kayy entry kali ni nak share sikit pasal pengalaman praktikal aku untuk sem 1 nih . hahah hmm untuk sem 1 ni aku praktikal dekat 3 buah hospital daerah terengganu . first hospital besut second hospital sultanah nur zahirah kuala terengganu third hospital setiu . praktikal untuk sem 1 nih lebih kurang dalam 6 minggu iaitu 1 bulan 2 minggu . setiap 2 minggu aku akan pergi hospital hospital lain . macam aku cakap tadi tuh hahah .


    kayy hospital besut . hmm hospital besut dekat dengan kelantan . hospital besut dari unisza dalam sejam lebih . so time praktikal tuh aku stay asrama jururawat dekat sana . hmm asrama bole dikatakan sunyi . sebab kita orang je yang stay situ . btw sebelum lupa group praktikal aku ada 10 orang . so kita orang tempah 3 bilik je lahh . 1 bilik 4 orang 2 bilik lagi 3 orang . aku 1 bilik dengan iss & nik :) dia orang memang bestttt ! cool ! hahah setiap malam memekak . hmm kayy fisrt day praktikal takde buat apa pun . just ronda kawasan hospital tuh then jumpa matron . matron orang cina . tapi fasih gila cakap bahasa melayu . baik pulak tuh . 2 minggu aku dekat hospital besut , banyak pengalaman yang aku dapat . mandikan patient , bagi patient makan , cuci berak patient , beri terapi oksigen . patient tuh pesakit . berak dipanggil jugak B.O . kencing pulak P.U . hihih


    kayy . aku jaga wad perempuan . ada sorang patient tuh seriouslyyyy kesian sangat ! dia dah lah taknampak , susah nak gerak , takde suami , takde anak . suami dah lama meninggal . hmm kalau taksalah aku patient tuh dari USM transfer pergi besut . patient tuh susah nak BO . dia cakap dahh 20 hari tak BO . constipation maybe . then kita orang bagi enema dekat patient tuh . enema tuh sejenis ubat untuk lawas kan kita untuk berak lahh heheheh . tah cemana nak cakap . then esok tuh bila kita orang kerja untuk shift pagi , time ambil vital sign ( bp , temperature , pulse , respiration ) tengok-tengok patient tuh BO . soo apa lagi ? lepas siap je  ambil vital sign , aku , nik dengan mekya prepare lahh barang untuk sponging kan patient . hahahah and cuci BO . benda ni memang takkan aku lupa . first time dalam hidup ! heheh memang pelik pelik lahh kita orang time cuci dengan mandikan patient . hahah . nasib CI tolongg . hee kalau tak ? memang rebus XD paling kelakar bila nik pakai 2 lapis mask . hahaha tengok muka dia naik merah dahh tahan hmm tuh . hee aku dengan mekya gelak-gelak je tengok hahahah . then time makan , kita orang suapkan patient tuh makan . borak-borak dengan dia . best gilaaaa ! :D


    bila esok nya pulak datang kerja tengok patient tuh BO lagi . hahahah memang kelakar . prepare lahh lagi barang-barang nak mandikan patient tuh . cuci . hahah hmm kali tuh kita orang buat tanpa bantuan CI . sebab CI tolong member lain mandikan patient lain . so memang hahah pulun jelahh apa yang kita orang dahh buat semalam . hmm seriouslyyy best sangat ! first time tengok patient tuh masuk hospital , aku dengan nik nangis . sedih tengok keadaan patient tuh macam tuh . hmm mungkin aku dah terpanggil untuk tolong orang yang sakit . CI aku selalu pesan kalau kita buat kerja dengan ikhlas , kita takkan rasa kerja yang kita buat tuh adalah beban dan menyusahkan kita . sooooo kita enjoyyyy ! hahahah


    minggu seterusnya HSNZ . hmm hospital besar terengganu . depan unisza kampus kota . best dekat sini . ward terlalu lahh busy ! memang takde masa nak duduk . serious . ada 1 hari tuh patient dalam 50 orang 1 ward . serious penat gila ! aku dapat ward lelaki . best sebenarnya dekat situ . patient baik-baik . nurse pun oke . hari ketiga aku kerja dekat situ , ada sorang patient collapse . sooo macam biasa bungkus mayat . heheh tipu lahh aku cakap kalau aku taktakut . memang takut . lemah semangat jugak aku . tapi ayah dahh pesan baca apa yang patut . ayat kursi tuh jangan lupa . so kita kena lahh amalkan setiap hari :) banyak kebaikannya . heheh tapi kadang-kadang aku lupa jugak nak baca hahahah XD


    2 minggu terakhir dekat hospital setiu . lebih kurang 45minit dari unisza . 45 minit kalau bawak 100/120 km sejam :) hahaha gila laju . hospital setiu lawa . ward third class macam second first class . seriouslyyy lawa gila . jealous aku . rasa macam nak buat rumah je dalam ward tuh . hahaha . hospital setiu tak busy mana pun . lengang je . ada 1 hari tuh patient 5 orang je . hahahah bapak best gila . memang untung lahh nurse-nurse yang kerja dekat situ . tapi macam takbest jugak . sebab banyak benda yang kita tak bole buat . balik-balik ambil vital sign je . hahah .


     mak selalu pesan " kerja baik-baik . muka sentiasa senyum dan manis . jaga sopan santun . cakap lemah lembut dekat patient . buat kerja tuh dengan jujur , ikhlas . kalau kita baik dengan orang , orang akan baik dengan kita . angah dapat pahala membantu orang . insyaallah . mak sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak mak " :') nih yang mak cakap bila aku cerita dekat mak pasal patient dekat hospital besut tuh . hee buat aku jadi  lebih bersemangat !  :D tipu lahh kalau aku cakap aku tak down . dulu pernah aku terpikir nak stop je . taktahan . kadang-kadang tuh aku pikir , betul ke apa yang aku buat nih nak jadi nurse . maybe time tuh aku tak redha dengan semua nih . tapi bila parents selalu bagi support dekat aku , aku makin bersemangat ! nak tolong orang ! yeahhhh ! hahahah :')





                   with housemate . uniform nurse :) hahaha #hentam